lambang2.jpg

Muka Utama | Perancangan Dan Aktiviti | Berita/Artikal | Carta Organisasi | Download | Gambar | Forum | Pautan/Links | Hubungi Kami

Oleh: En Zakaria Yusuf, Sektor Pengurusan Akademik, JPNS

PELAKSANAAN KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH RENDAH NEGERI SABAH

 

Mula dilaksanakan pada tahun 1993 KHSR mengganti Kemahiran Manipulatif Diajar pada murid-murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6) Merupakan mata pelajaran WAJIB

Diajar 2 waktu seminggu Tiada peperiksaan (UPSR) tetapi wajib ada penilaian di peringkat sekolah

 

SEMAKAN SEMULA KURIKULUM

 

Tahun 2002 berlaku penyemakan semula kurikulum KHSR Tahun 2003 murid tahun 4 mula diajar KHSR edisi semakan, 2004 murid tahun 5 dan tahun 2005 murid tahun 6.

Guru-guru KHSR Negeri Sabah telahpun didedahkan dengan perubahan Sukatan

Pelajaran

 

MASALAH DAN CABARAN PELAKSANAAN KHSR – NEGERI SABAH

Sejak diperkenalkan apakah perkara yang boleh “dibanggakan” ?

 

ISU  PELAKSANAAN  KHSR  DI  SEKOLAH

( Hasil pemantauan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di beberapa buah Sekolah Rendah di Sabah )

 

Pentadbir sekolah

·          Tidak mengambil berat tentang pelaksanaan KHSR

·          Tidak diajar di tahun 6 (diabaikan)

·          Jadual waktu KHSR digantikan dengan subjek peperiksaan

·          Ada sekolah tidak memasukkan jadual KHSR di tahun 6

 

Bengkel KHSR

·          Ada bengkel dan diurus / digunakan dengan baik

·          Ada bengkel tetapi terbiar

·          Berkongsi dengan subjek lain

·          Dijadikan kelas biasa

·          Dijadikan stor / peralatan tukang kebun

 

Tiada bengkel

P&P diadakan dalam kelas, rumah guru, kaki lima kelas dan bawah pokok

 

Tiada stor

Peralatan & bahan KHSR disimpan dalam almari, bawah meja guru, pejabat, bilik guru besar dan dalam stor sukan.

 

Peralatan KHSR

Ada sekolah:

·          Mempunyai peralatan yang lengkap dan diselenggara dengan baik

·          Mempunyai peralatan yang lengkap tetapi tidak diselenggara dengan baik

·          Peralatan tidak mencukupi

·          Tidak mempunyai peralatan

·          Peralatan yang dipinjam tetapi tidak dikembalik

·          Banyak peralatan yang hilang

·          Banyak peralatan yang rosak

·          Dibekalkan dengan peralatan yang tidak sesuai dan berulang-ulang

·          Peralatan yang dibekalkan tidak berkualiti

·          Peralatan masih tersimpan di stor ppd lambat diaggihkan ke sekolah

·          Pengagihan peralatan kh bercampur dengan peralatan subjek lain

 

Bahan KHSR

Ada sekolah:

·          mempunyai bahan yang lengkap

·          tidak mempunyai bahan yang lengkap

·          ada bahan tetapi tidak sesuai

·          dibekalkan dengan bahan yang tidak sesuai

·          murid yang membawa bahan ke sekolah

·          bahan KHSR masih tersimpan di stor PPD tidak diaggihkan ke sekolah

·          bahan KHSR berselerak di stor PPD hinggakan ada pihak mengambil kesempatan membawa balik ke rumah guru

·          terpaksa membeli sendiri bahan bahan dibekalkan berulang-ulang

 

Guru KHSR.

·          Guru opsyen mengajar KH

·          Guru bukan opsyen mengajar KH Kebanyakan sekolah mengarahkan guru (orang lama)

mengajar KH (guru melaksanakan dengan baik ada juga sebaliknya)

·          Guru KH diarah mengajar subjek Sains, Matematik dll.

·          Ada guru tidak berminat mengajar KH tetapi dipaksa mengajar

·          Ada guru sepatutnya mengajar KH tetapi mengajar subjek lain

·          Ada guru sepatutnya berada di bengkel / kelas untuk

mengajar KH tetapi murid diarah belajar sendiri atas alasan alat dan bahan tidak ada

 

Bantuan perkapita (PCG) –

 Ada sekolah:

·          membelanjakan peruntukan yang ada untuk tujuan P&P KH membeli peralatan yang tidak sesuai seperti mesin welding, cicular saw, grender, dan jig saw

·          lewat membelanjakan peruntukan

·          peruntukan digunakan untuk tujuan lain seperti pengubahsuaian kantin

·          tidak memaklumkan kepada guru KH berapakah peruntukan untuk KH

 

Buku teks / bahan rujukan KHSR

Guru melaksanakan KH hanya berpandukan bahan-bahan cetakan yang diedarkan semasa kursus semakan

Tahun 4 guna buku sumber dari PPK

Tahun 5 buku sumber sudah ada tetapi belum edarkan

Tidak ada buku teks yang khusus untuk KH

Buku panduan terbitan syarikat tertentu ada dijual di kedai buku

Bagi sekolah kawasan pedalaman sukar memperolehi buku / bahan rujukan

 

Kesinambungan KHSR ke Sekolah Menengah

Di sekolah menengah semua murid dari Tg. 1 – 3 wajib mempelajari Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

 

KHB terbahagi kepada 4 pilihan:

ü        Pilihan 1 – Kemahiran Teknikal

ü        Pilihan 2 – Ekonomi Rumahtangga

ü        Pilihan 3 – Pertanian

ü        Pilihan 4 – Perdagangan dan Keusahawanan

Ada peperiksaan di peringkat PMR

 

Selepas PMR murid-murid boleh mengikuti elektif:

 

ü        Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

ü        Rekacipta

ü        Lukisan Kejuruteraan

ü        ERT

ü        Pertanian

ü        Memasuki Sekolah Menengah Teknik

 

Enter supporting content here

Reka bentuk dan penyelaras web: EN ALFRED ANING, SK TAGINAMBUR,  TAMPARULI
 
Sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan web ini sangat dialu-alukan. Sila emailkan cadangan dan komen anda ke: Geoffred@hotmail.com
 
Paparan terbaik: Internet Explorer 4.0 / Netcape 6.0 ke atas pada resolusi 800 x 600 pixels