lambang2.jpg

Muka Utama | Perancangan Dan Aktiviti | Berita/Artikal | Carta Organisasi | Download | Gambar | Forum | Pautan/Links | Hubungi Kami
Klik di sini untuk Senarai Bengkel Contoh 2006

RUMUSAN LAWATAN KHIDMAT NASIHAT KALI PERTAMA BAGI DAERAH RANAU DAN TAMPARULI

 

Lawatan Khimat Nasihat kali pertama bagi daerah Ranau, Tamparuli dan Kota Belud telah dilakukan pada 7 – 9 Mac 2006,  21 -23 Mac 2006 dan 28 - 30 Mac 2006 oleh En Gidos@Azman Podon (Ketua), En Ibrahim Yaacob, En Hasnaol Hj. Liwangsa, En. Alfred Aning, En. Laksan Deri dan En Hamka b. Hj Abdul Wahid.

 

Pasukan ini telah mengenal pasti beberapa isu yang dihadapi oleh beberapa buah sekolah yang dilawat. Antara lain isu-isu tersebut ialah tiada bangunan atau bilik kosong yang sesuai untuk dijadikan bengkel, guru yang mengajar Kemahiran Hidup bukan opysen KH, kekurangan bahan, kekurangan alatan tangan dan ada beberapa buah sekolah yang tidak mempunyai kawasan sesuai untuk melaksanakan p&p Tanaman Hiasan dan Tanaman Sayuran.  Sehubungan dengan itu pasukan ini telah mencadangkan beberapa inesitif yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi menangani isu-isu ini.

 

Dalam konteks penjadualan mata Pelajaran Kemahiran Hidup di tahun enam, semua sekolah yang dilawat telah menyenaraikan KH dalam jadual induk sekolah. 10 buah sekolah yang dilawat telah memulakan projek Bengkel antara 20% hingga 50% manakala 20 buah sekolah yang lain telah memulakannya antara 60% hingga 80%..Bagaimanapun proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan 100%. Tahniah !.. Kelik di sini untuk melihat gambar

 
30 ORANG GURU KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH SERTAI KURSUS BENGKEL CONTOH KHSR KOBTAR 2006
 
Seramai 30 orang guru KHSR KOBTAR masing-masing dari daerah Kota Belud, Tamparuli dan Ranau menyertai kursus ini bertempat di Kinabalu Pine Resort Kundasang Ranau. Kursus tiga hari bermula 25 -28 September ini telah dianjurkan oleh Unit mata pelajaran teknik dan vokasinal, pejabat pelajaran gabungan KOBTAR. Selain daripada mendengar ceramah, para peserta kursus juga telah melawat bengkel contoh sekolah rendah tahun 2005 di SK Pekan Kundasang dan SK Pekan 2 Ranau di samping melawat bengkel Kemahiran Hidup SMK Kundasang.
 
PENTING ! !
 
Sila rujuk Guru Kemahiran Hidup  sekolah anda yang mana guru ini akan bertanggung jawab ke atas Bengkel Contoh KH 2006 dan orang yang boleh dihubungi semasa pemantauan Bengkel Contoh dijalankan di sekolah anda. Sekiranya  guru berkenaan bukan guru KH, sila hubungi kami melalui forum laman ini atau e mail leman ini. Anda juga boleh terus berhubung dengan Penolong Pegawai Pelajaran, Unit Teknik Dan Vokasional, Tuan Kassim b. Hj Buntak. Terima Kasih
 

Jahitan Untuk Tahun 5 dan 6
 
Anda takut? bimbang? kerana mengajar jahitan di tahun Lima dan Enam?... Hilangkan rasa takut dan bimbang anda dengan mempelajari asas jahiran dan fungsi jenis-jenis jahitan yang dipautkan melalui web ini. Semoga anda berjaya!

 klik di sini untuk mengetahui skima pemarkahan Penilaian Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( Cadangan yang dibuat oleh Pasukan Petugas ini. )

Ikan Hiasan
Hanya sebagai rujukan anda
 

HIDROPONIK
 
Cuba anda kelik pautan ini untuk mengetahun cara penanaman hidroponik. Penanaman hidroponik perlu diajar di tahun Enam
 
Anda bimbang kerana tidak tahu mengurus Panitia Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah anda?... Hilangkan kebimbangan anda dengan memuat turun Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang telah disunting daripada bahan edaran Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
 
Sekolah anda: sekolah contoh Kemahiran Hidup?..Kelik di sini untuk muat turun Pekeliling Bil: PPGKB/TEKVOK/1/117-114 bertarikh 23 Febuari 2006 mengenai Sekolah contoh Kemahiran Hidup yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud ( KOBTAR )

surat pekeliling kemahiran hidup

Bernama

Utusan Melayu

Reka bentuk dan penyelaras web: EN ALFRED ANING, SK TAGINAMBUR,  TAMPARULI
 
Sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan web ini sangat dialu-alukan. Sila emailkan cadangan dan komen anda ke: Geoffred@hotmail.com
 
Paparan terbaik: Internet Explorer 4.0 / Netcape 6.0 ke atas pada resolusi 800 x 600 pixels