lambang2.jpg

Muka Utama | Perancangan Dan Aktiviti | Berita/Artikal | Carta Organisasi | Download | Gambar | Forum | Pautan/Links | Hubungi Kami

               

PELAN TINDAKAN TAHUNAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

 2005

ISU / MASALAH

 

Murid-murid tidak menunjukkan minat terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.Ada 2 aspek yang mendorong keadaan ini iaitu:-

 

1.        Tiada buku kerja dan juga buku rujukan.

2.        Berpendapat ianya tidak penting kerana bukan mata pelajaran teras.

 

SASARAN

 

Murid-murid tahap II iaitu tahun 4, 5 dan tahun 6.

 

TEMPOH PELAKSANAAN

 

Dalam setahun, sepanjang tahun 2005 ini.

 

MATLAMAT

 

Mengubah sikap dan pandangan mereka terhadap Mata Pelajaran ini disamping mempelbagaikan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan dengan tujuan untuk meningkatkan minat mereka terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.

 

 

OBJEKTIF

 

1.        Murid-murid akan mengambil bahagian secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

2.        Murid-murid akan menunjukkan keseronokkan dan kesungguhan dalam melakukan sebarang kerja yang diberikan.

3.        Murid akan menunjukkan kreativiti mereka semasa menghasilkan sesuatu projek yang diberikan.

 

LANGKAH-LANGKAH STRATEGIK

 

1.        Mengemaskini bengkel Kemahiran Hidup supaya lebih menarik dan menyediakan suasana tempat belajar yang menyeronokkan.

2.        Mengadakan pameran hasil kerja atau projek yang telah dibuat oleh murid.

3.        Menyediakan tempat yang sesuai bagi projek yang akan dijalankan seperti penyediaan Akuarium dan juga Tanaman Sayuran dan Tumbuhan Hiasan.

 

4.        Menyedarkan murid-murid tentang pentingnya kemahiran yang dipelajari dan mempunyai kesinambungan semasa melanjutkan  ke sekolah menengah nanti.

 

PERANCANGAN

 

1.        Penyusunan murid-murid melalui pembahagian kumpulan.

2.        Penyediakan tapak untuk Tanaman Sayuran dan sebagainya.

3.        Mengadakan Ujian mengikut tajuk yang diajar seterusnya peperiksaan.

4.        Mengadakan bimbingan khusus di Bengkel Kemahiran Hidup mengikut jadual yang telah ditetapkan.

5.        Menyediakan perancangan Pengajaran secara terancang melalui:-

Ø        Pengunaan Bahan Bantu Belajar.

Ø        Alatan Tangan.

 

PELAKSANAAN

 

1.        Menyusun dan membuat organisasi setiap kumpulan bagi memudahkan aktiviti secara kumpulan.

2.        Mengenalpasti tempat dan keperluan lain seperti tapak untuk Tanaman Sayuran, Tanaman Hiasan dan sebagainya.

3.        Mengadakan ujian dan membuat analisa tentang pencapaian dan mengenalpasti sasaran .

4.        Membuat tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan murid semasa berada di Bengkel Kemahiran Hidup.

5.        Penggunaan Bahan Bantu Belajar yang menarik lagi menyeronokkan seperti kit Fischer  Technik dan juga Komputer.

 

PEMANTAUAN

 

1.        Pemantauan aktiviti jangkah pendek dan jangkah panjang secara berterusan.

2.        Setiap aktiviti yang berkersan hendaklah diatasi segera melalui penambahbaikan.

 

PENILAIAN

 

Membuat pendukomentasian  semua hasil projek atau aktiviti yang dijalankan untuk dimaklumkan kepada ketua Bidang dan pihak Pentadbir dan yang berkenaan juga sebagai satu panduan dimasa akan datang.

PASUKAN PETUGAS KHSR

PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN KOTA BELUD

 KOBTAR

( KOTA BELUD.TAMPARULI DAN RANAU )

 

MELALUI KURSUS PASUKAN PETUGAS MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH YANG DIADAKAN PADA 27 –30 HB MAC 2005 BERTEMPAT DI BERINGGIS BEACH RESORT.PAPAR YANG LALU.SATU BERBINCANGAN BERSAMA PEGAWAI PELAJARAN GABUNGAN IAITU ENCIK KASSIM HJ BUNTAK TELAH MENETAPKAN 3 AKTIVITI / PROGRAM YANG AKAN DILAKSANAKAN MENGIKUT KERTAS KERJA YANG TELAH DIBUAT BERSAMA AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN INI.

 

 

 

 

BIL

 

AKTIVITI /

PROGRAM

 

 

 

PENGISIAN AKTIVITI

 

 

 

01.

 

 

 

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN UNTUK GURU-GURU KH.

 

1. PENDEDAHAN SUKATAN PELAJARAN KHSR.

 

2. PENGURUSAN BENGKEL.PERALATAN DAN BAHAN

 

3. MEMBINA RANCANGAN TAHUNAN.HARIAN.FORMAT SOALAN DAN SKEMA PEMARKAHAN.

 

4. MEMBINA MODUL P&P KHSR UNTUK TAHUN 4.5 DAN 6.

 

 

 

 

02.

 

 

 

MINGGU KEMAHIRAN HIDUP

 

1 .PERTANDINGAN REKA CIPTA ANTARA KUMPULAN.

 

2. PAMERAN HASIL KERJA / PROJEK.

 

3. KUIZ KHSR.

 

4. JUALAN HASIL KERJA / PROJEK.

 

 

 

03.

 

 

PEMANTAUAN BENGKEL KHSR

SEKOLAH GABUNGAN

(BENGKEL CONTOH DAERAH / GABUNGAN )

 

1. MEMBUAT LAWATAN KE SEKOLAH-SEKOLAH YANG TERPILIH.

 

2. MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PIHAK PENTADBIR DAN GURU-GURU KH.

 

3. MEMBUAT PEMILIHAN.CADANGAN DAN SYOR YANG MEMBINA KEPADA PIHAK SEKOLAH.

 

 

 

PERANCANGAN

PROGRAM / AKTIVITI PASUKAN PETUGAS KHSR

DAERAH KOTA BELUD / TAMPARULI / RANAU

 

 

 

AKTIVITI /

PROGRAM

 

 

Pemantauan bengkel KHSR ke sekolah-sekolah di gabungan KOBTAR.

 

OBJEKTIF

 

1. Mengesan perlaksanaan P&P mata pelajaran KHSR di sekolah-sekolah dalam gabungan.

2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tersebut.

3. Pihak sekolah dapat memberikan perhatian tentang KH terutama sekali   masalah bengkel dan peralatan dalam bengkel.

 

 

AKTIVITI

 

1. Membuat lawatan ke sekolah-sekolah yang terpilih.

2. Mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru KH di sekolah-sekolah yang dilawati.

3. Membuat penilaian,cadangan dan syor yang membina kepada pihak sekolah.

 

 

KUMPULAN SASARAN

 

 

Semua Sekolah  yang mempunyai bengkel di setiap gabungan KOBTAR.

 

 

TEMPAT KURSUS

 

Sekolah-sekolah yang terpilih di setiap gabungan KOBTAR.

 

 

TARIKH / BULAN

 

 

Akan ditentukan kemudian

 

PEMANTAU / PENILAI

 

 

1. Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan.

2. Penyelia Mata Pelajaran KHSR Negeri.

3. Jurulatih Utama / Pasukan Petugas KHSR .

 

PERANCANGAN

PROGRAM / AKTIVITI PASUKAN PETUGAS KHSR

DAERAH KOTA BELUD / TAMPARULI / RANAU

 

 

 

AKTIVITI /

PROGRAM

 

 

Minggu Kemahiran Hidup

 

OBJEKTIF

 

1. Mencungkil daya kreatif dan inovatif dikalangan murid-murid.

2. Memupuk minat dikalangan murid-murid untuk mengikuti kelas   KHSR.

 

 

AKTIVITI

 

1. Pertandingan Reka Cipta antara kumpulan.

2. Pameran hasil kerja / Projek KHSR.

3. Kuiz harian tentang KHSR.

4. Jualan hasil Kerja / Projek.

 

 

KUMPULAN SASARAN

 

 

Semua Sekolah di setiap gabungan KOBTAR

 

 

TEMPAT KURSUS

 

1.Pusat Kegiatan Guru Daerah ( PKG ).

2. Pejabat Pelajaran Daerah.

 

 

TARIKH / BULAN

 

 

Akan ditentukan kemudian

 

PEMANTAU / PENILAI

 

 

1. Pentadbir Sekolah ( Guru Besar / Penolong-Penolong Kanan ).

2. Ketua Panitia dan guru-guru Kemahiran Hidup.

3. Mereka yang dilantik oleh pengelola aktiviti.

 

PERANCANGAN

PROGRAM / AKTIVITI PASUKAN PETUGAS KHSR

DAERAH KOTA BELUD / TAMPARULI / RANAU

 

 

AKTIVITI /

PROGRAM

 

 

Kursus peningkatan Kemahiran untuk guru-guru KHSR.

 

OBJEKTIF

 

1. Memberi pendedahan dan mempertingkatkan pengetahuan,Pemahaman,Kemahiran dan mutu Profesionalisme guru dalam Pengajaran dan Ppembelajaran Kemahiran Hidup.

 

 

AKTIVITI

 

1.Pendedahan sukatan pelajatan KHSR bagi tahun 4,5 dan 6.

2.Pengurusan bengkel,peralatan dan bahan KHSR.

3.Membina Rancangan Tahunan,Harian,Format soalan dan Skema Pemarkahan.

4.Membina modul P&P Kemahiran Hidup bagi tahun 4,5 dan 6.

 

 

KUMPULAN SASARAN

 

Semua guru-guru Kemahiran Hidup setiap sekolah di daerah masing-masing.

 

 

TEMPAT KURSUS

 

1.Pusat Kegiatan Guru Daerah ( PKG ).

2.Pejabat Pelajaran Daerah

 

 

TARIKH / BULAN

 

 

Akan ditentukan kemudian

 

FASILITATOR / PENCERAMAH

 

 

1. PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN GABUNGAN.

2. PENYELIA MATA PELAJARAN KHSR NEGERI.

3. JURULATIH UTAMA SERAMAI 6 ORANG

 

Reka bentuk dan penyelaras web: EN ALFRED ANING, SK TAGINAMBUR,  TAMPARULI
 
Sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan web ini sangat dialu-alukan. Sila emailkan cadangan dan komen anda ke: Geoffred@hotmail.com
 
Paparan terbaik: Internet Explorer 4.0 / Netcape 6.0 ke atas pada resolusi 800 x 600 pixels