|
RUMUSAN LAWATAN KHIDMAT NASIHAT KALI PERTAMA BAGI DAERAH RANAU DAN TAMPARULI Lawatan Khimat Nasihat kali
pertama bagi daerah Ranau, Tamparuli dan Kota Belud telah dilakukan pada 7 – 9 Mac 2006, 21 -23 Mac 2006
dan 28 - 30 Mac 2006 oleh En Gidos@Azman Podon (Ketua), En Ibrahim Yaacob, En Hasnaol Hj. Liwangsa, En. Alfred Aning, En.
Laksan Deri dan En Hamka b. Hj Abdul Wahid. Pasukan ini telah mengenal
pasti beberapa isu yang dihadapi oleh beberapa buah sekolah yang dilawat. Antara lain isu-isu tersebut ialah tiada bangunan
atau bilik kosong yang sesuai untuk dijadikan bengkel, guru yang mengajar Kemahiran Hidup bukan opysen KH, kekurangan bahan,
kekurangan alatan tangan dan ada beberapa buah sekolah yang tidak mempunyai kawasan sesuai untuk melaksanakan p&p Tanaman
Hiasan dan Tanaman Sayuran. Sehubungan dengan itu pasukan ini telah mencadangkan
beberapa inesitif yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi menangani isu-isu ini. Dalam konteks penjadualan
mata Pelajaran Kemahiran Hidup di tahun enam, semua sekolah yang dilawat telah menyenaraikan KH dalam jadual induk sekolah. 10
buah sekolah yang dilawat telah memulakan projek Bengkel antara 20% hingga 50% manakala 20 buah sekolah yang lain
telah memulakannya antara 60% hingga 80%..Bagaimanapun proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan 100%. Tahniah !..
Kelik di sini untuk melihat gambar
|
|
|
Reka bentuk dan penyelaras web: EN ALFRED ANING, SK TAGINAMBUR, TAMPARULI
Sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan
web ini sangat dialu-alukan. Sila emailkan cadangan dan komen anda ke: Geoffred@hotmail.com
Paparan terbaik: Internet Explorer 4.0 / Netcape 6.0 ke atas pada
resolusi 800 x 600 pixels
|