lambang2.jpg

Muka Utama | Perancangan Dan Aktiviti | Berita/Artikal | Carta Organisasi | Download | Gambar | Forum | Pautan/Links | Hubungi Kami

ucapan_pegaw_10334.gif

Sepatah dua kata daripada Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, ( KOBTAR )
PUAN HAJJAH MAIMUNAH HJ SUHAIBUL
 
Assalamulaikum Warahamtullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 
Pertama sekali saya bersyukur kapada Allah kerana telah diberikan kesempatan memberikan sepatah dua kata dalam Laman Web, mata pelajaran Kemahiran Hidup, Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud, ( KOBTAR ).
 
      Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Teknik Dan Vokasional, Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud dan Ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Kemahiran Hidup, Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud kerana telah berusaha dan berjaya mengwujudkan Laman Web Kemahiran Hidup untuk gabungan ini.
 
      Kecemerlangan pendidikan di sesebuah sekolah adalah merupakan tanggungjawab para Pengetua, Guru Besar dan para guru keseluruhannya. Oleh itu setiap gurunterutama sekali guru mata pelajaran Kemahiran Hidup seharusnya meningkatkan kualiti mereka dengan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mendalam serta berketrampilan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan kepesatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi masa kini.
 
      Amanah dan tanggung jawab di sekolah telah meletakkan guru-guru Kemahiran Hidup menjadi barisan utama Pendidikan sebagai golongan  pembawa perubahan yang berkesan dan menjadi role model kepada guru-guru yang lain. Jestru itu guru-guru Kemahiran Hidup sentiasa memerlukan pendukung amanah yang komited, peka kepada perubahan semasa dan sentiasa menjadikan kecemerlangan sebagai tunggak perjuangan mereka.
 
      Untuk itu, guru-guru Kemahiran Hidup yang membudayakan dan memakmurkan ilmu, menatarkan kemahiran dan berketrampilan, bergelumang dengan maklumat dan pendekatan yang baru, bersifat dan bersifat penuh profesionalisme setiap masa adalah merupakan guru Kemahiran Hidup yang berkualiti.
 
      Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Laman Web ini. Selaku Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, ( KOBTAR ), saya menyeru semua Pengetua, Guru Besar dan guru di KOBTAR ini untuk sama-sama merealisasikan visi dan misi kita menjadikan Kobtar Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang dan sama-samalah kita memperkasakan pendidikan di Kobtar. Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi?
 
Sekian dan terima kasih
 
HAJJAH MAIMUNAH HJ SUHAIBUL
Pegawai Pelajaran Gabungan,
Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud.
 
 

kassimbuntak.jpg

KATA-KATA ALUAN DARIPADA;
ENCIK KASSIM B HJ BUNTAK, PENOLONG PEGAWAI PELAJARAN GABUNGAN, UNIT TEKNIK DAN VOKASIONAL,
PEJABAT PELAJARAN GABUNGAN KOTA BELUD, ( KOBTAR )
 
Assalamulaikum Warahamtullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
 
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Kemahiran Hidup, Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belus ( Kobtar ) kerana telah berusaha dan berjaya mengeujudlan Laman Web Kemahiran Hidup untuk gabungan ini.Terima kasih juga kepada sahabat Jurulatih Utama di atas usaha yang gigih dan sumbangan yang telah diberikan untuk memperkasakan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di gabungan ini.
 
      Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Jame Alip mantan Pegawai Pelajaran Gabungan, Puan Hajjah Maimunah bt Hj Suhaibul Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau dan Pegawai Pelajaran Daerah Tamparuli serta semua pihak yang terlibat di atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada Pasukan Petugas Kemahiran Hidup di Kobtar ini sehingga berjaya mengwujudkan Laman Web ini. Saya percaya, tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan sudah tentu Laman Web ini tidak dapat dilaksanakan
 
      Saya berpendapat kewujudan Laman Web ini adalab bertepatan dengan perubahan dunia pendidikan yang lebih menjurus ke arah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam era penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang menuju ke arah Pendidikan Bestari, amat memerlukan anjakan sikap dan paradigma di kelangan guru-guru Kemahiran Hidup di gabungan Kobtar ini. Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud amat memerlukan guru-guru Kemahiran Hidup yang dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang ada di dalam diri mereka dan mengubah paradigma masing-masing sejajar dengan visi dan misi Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud.
 
      Dengan semangat, Kota Belud Boleh dan 'Memperkasakan Pendidikan di Kobtar', kalau bukan kita siapa lagi..., saya percaya dan penuh yakin, guru-guru di gabungan ini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan menyedari bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah amat penting untuk kemajuan dan kemahiran murid-murid.
 
      Akhir kata, saya berharap kepada Pasukan Petugas KHSR, semua guru Kemahiran Hidup di gabungan ini akan menjalankan tugas dengan amanah, jujur, ikhlas dan penuh dedikasi untuk Memperkasakan mata pelajaran Kemahiran Hidup di Kobtar ini. KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI..
 
Sekian
 
 
ENCIK KASSIM B HJ BUNTAK
Penolong Pegawai Pelajaran Gabungan,
Unit Teknik dan Vokasional,
Pejabat Pelajaran Gabungan,
KOTA BELUD SABAH
 
 

Date: Sat, 29 Oct 2005 07:51:16 -0700 (PDT)
From: Send an Instant Message "jame alip" jamealip_86@yahoo.com
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.com
Subject: Re: Terima kasih di atas Sokongan dan Motivasi tuan
To: "Alfred Aning" alfredaning@yahoo.com.sg

Tuan,
 
Terima kasih atas penghargaan tuan untuk meminta kata aluan untuk laman web pasukan petugas kemahiran hidup KOBTAR.Bagaimana pun saya tidak dapat menunaikannya atas sebab-sebab seperti berikut;
 
Sebenarnya saya sepatutnya berpindak ke jabatan pelajaran sebah sebagi ketua sektor SPPK bukan SPA.Pertukran ini hanya setara sahaja.Bagimana pun jawatan itu hanya saya pegang selama 30 minit kemudian menyerahnya semula pada 19 Oktober 2005 kerana saya di tukar ke Ipoh Perak sebagai Ketua Nazir Sekolah Perak.Pertukran ini naik pangkat DG52.
 
Oleh itu,saya ingin mencadangkan agar Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud  (KOBTAR) di beri peluang untuk membuat kata-kata aluan.Idea mendapatkan kata luan dari Ketua  Sektor,SPA amat baik bijaksana dan sesuai.Tetapi saya difahamkan masih kosong sebab penyadang yang bertukar ke sana Dr.Amin Seni berpindah ke IAB sebagai Ketua Unit.
 
Harapan dan  impian saya agar laman web ini terus dikemas kini dan diperkasakan agar menjadi bahan rujuk warga pendidik di seluruh malaysia di masa-masa mendatang.Sesungguhnya saya percaya dan amat yakin atas semangant dan komitmen tuan-tuan semua dalam memperkasakan KOBTAR dalam persada pendidikan negara.Saya bangga dan menaruh harapan agar menjadi realiti.Kiranya ada peluang ke perak harap maklumkan saya dan tuan boleh berkunjung ke pejabat saya.Jangan lupa tuan dalam visi dan misi kita.....di KOBTAR.....DULU...KINI.... dan AKAN DATANG........KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGIIIII..........OKON POH YATI ISAI POH...........
 
Ikhlas dari saya
 
Jame Alip
KNN PERAK
291005

Reka bentuk dan penyelaras web: EN ALFRED ANING, SK TAGINAMBUR,  TAMPARULI
 
Sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan web ini sangat dialu-alukan. Sila emailkan cadangan dan komen anda ke: Geoffred@hotmail.com
 
Paparan terbaik: Internet Explorer 4.0 / Netcape 6.0 ke atas pada resolusi 800 x 600 pixels